Aku hilang
Hilang dalam senyum yang tipu-tipu
Hilang dalam marah yang menjadi kecewa
Bukan aku yang di sini
Depan kamu ini
Hanya jasad
Tiada hati jiwa hati jiwa
Aku tidak betah untuk berdepan dengan kamu dalam kedinginan hati aku yang ketika ini
Kerana setiap renung mata kamu
Kerana setiap sudut aku di jari kamu
Kerana setiap kata yang keluar daripada bibir kamu yang aku cinta itu
Sepertinya buat aku terbakar hangus
Kalau kamu tahu
Kalau saja kamu baca ini
Kalau bisa aku tutur setiap apa yang terbuku
Kalau
Kalau
Kalau