CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 09, 2010

.kerja,

itu hari,
aku bekerja di MiTC.

4 hari.

apa yang aku dapat :

1. ada seorang bapa, menyeret anaknya yang lebih kurag baya 1 tahun lebeh sket.
seret anak macam anak patong.
kasihan budak itu aku lihat.

2. ada seorang perempuan, berpakaian seperti ustazah.
berjubah, tudung labuh bagai. tapi mulutnya, speechless aku.
haih.

3. ada seorang perempuan, lawa. hot. americano.
tapi bergaduh sebab fitting room.
dia ingat dia lawa, semua orang bagi muka.
tak kemana, babe. muka lawa, tapi perangai macam harr....

4. ada husband and wife. umur mungkin da lebih setengah abad.
tapi, sangat manis. sangat bergula, sangat bermadu.
bila si suami mahu beli hatta baju T-Shirt berkolar kosong sekalipon, harus memanggil si isteri. minta diberi pendapat.
aku harap aku dan si bakal suami begitu juga. :)

5. ada boyfriend and girlfriend. umur mungkin baru belasan tahun.
tapi, sangat kurang manis. sangat pahit. sangat hempedu.
bila si boyfriend mahu membeli seluar, harus mengajak si girlfriend bersama-sama ke dalam fitting room, minta diberi pendapat.
mungkin aku salah anggap. mungkin aku salah lihat. tapi aku bukan bodoh.
cuma malu sahaja.


u watch. u learn.
ehem.