aku ingin menjadi milikmu segera.
sangat segera.
agar bisa aku cium bibir mu yang manis itu.
biar terasa sedikit rasa gudang garam
tetapi masih manis bila disuakan kepadaku
dengan penuh rasa rindu yang mendalam
agar dapat aku sentuh badanmu yang bidang itu
biar senang aku tidur malam ini, malam itu, dan malam seterusnya
pelukanmu di pinggangku mendamaikan
bisikanmu di telingaku mengindahkan
agar mampu aku belai hati lelakimu yang masih dalam tidak berteroka itu
biar gersangnya benak itu dapat ku isi dengan kata-kata cinta yang membuai
dekatnya aku dengan kamu kerana terbaca hatimu olehku
dekatnya kamu dengan aku kerana terbaca hatiku olehmu
agar boleh susahnya kamu aku rasa
aku nampak
aku angkat bersama
tidak mampunya kau melihat, aku tontonkan
tidak mampunya kau mendengar, aku telitikan
tidak mampunya kau berkata, aku lagukan
segeralah masa
aku ingin menjadi miliknya
dan
dia milikku
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _
kekasih hati,
selamat saat ke-3,722,400 kita.
8
11 years ago