aku suka ketika kau renung ke mataku
owh.
aku tahu kau merenungku
tapi aku mempunyai terlalu banyak rerama, kekupu, belalang, semut, dan apa-apa lagi serangga di dalam perotku
aku tunduk
tunduk
pandang fresh oren yang baru separoh aku hirup
rasa macam gula getah
aku segan
segan?
ha ha hatiku ketawa
'boleh nampak tempat kerja awak dari sini x?'
matanya teralih
'mana boleh. tuh telok jawa'
'owh. lupe.'
die senyum
comel.
aku diam lagi
'awak, makan la. saya makan sorang-sorang nasik lemak nie.'
'xmo.'
aku pandang wajahnye
nervous bila kau renung aku seperti itu
'eh. kejap ek?'
dia bangun.
aku bingung.
kemana, sayang?
aku angguk sahaja.
pandang ke laut.
owh, ke toilet mungkin.
sepuluh saat
dia datang
duduk
'ini untuk awak, sayang.'
tiba-tiba bisiknya di telingaku
belom sempat aku bertanya
kedengaran penyanyi lelaki separuh umur yang memegang gitar dan berbaju lusuh itu berkata
'hah, ni untuk adek tudung hijau baju belang-belang tuh ye.'
lagu kita
kau renung lagi mataku
senyum.
8
11 years ago