Saat kelu lidah tak ada berbicara
Hanya hiris hati dicelop garam
Pedih sampai ke tulang
Katakan kamu tak pernah aku bahagiakan
Manakan senyum kalau ludah yang tersampaikan
there is no right or wrong in life. just some popular opinion.
Saat kelu lidah tak ada berbicara
Hanya hiris hati dicelop garam
Pedih sampai ke tulang
Katakan kamu tak pernah aku bahagiakan
Manakan senyum kalau ludah yang tersampaikan
yang benar, Unknown pada pukul brapa datuk harimau? 1:25:00 PM
satu kekuatan yang maha sangat akan menyelinap bila-bila masa kamu dalam kesakitan
yang benar, Unknown pada pukul brapa datuk harimau? 4:53:00 PM
Kecil.
Macam hati aku saat ini.
Mahu sahaja aku lari-lari tinggalin kamu.
Bawa hati yang sekecil ini jauh-jauh
Daripada kamu.
Kecil.
yang benar, Unknown pada pukul brapa datuk harimau? 12:58:00 AM
Aku yang sentiasa marah sejak akhir-akhir ini
Terusan marah.
Bukan kepada kamu.
Kepada keadaan.
Aku ingin persetankan, tapi aku yang disetankan.
Ingin aku susun kata buat kamu paham.
Failed.
yang benar, Unknown pada pukul brapa datuk harimau? 11:53:00 AM
Jauh
Kamu dan aku yang jauh
Betapa.
yang benar, Unknown pada pukul brapa datuk harimau? 6:50:00 PM
Tahu tak
Bahawa aku ini
Sangat-sangat-sangat kepingin untuk menangis
Tapi
Kutahan
Kerana
Takut-takut-takut
Kamu bilang aku mempersalahkan takdir
yang benar, Unknown pada pukul brapa datuk harimau? 11:56:00 AM
Just so you know
Aku melimpahkan perasaan aku di sini
Terlimpah dan terluah di sini
Sebab kata dan ayat adalah payah untuk terungkap daripada celah bibir aku
Sebab kata dan ayat yang di sini adalah yang paling dan tersangat jujur aku pernah bagitahu sesiapa
Sebab kata dan ayat aku tidak akan jatuh dalam telinga dan benak kamu bila aku katakan dan ayatkan
Aku terlimpah di sini kerana aku adalah isteri
Yang tersimpan segala marah kecil hati retak seribu dan sedih sebak dalam-dalam celah-celah urat nadi hati jiwa raga jantung
Supaya kamu, suami tidak akan terasakan segala marah kecil hati retak seribu dan sedih sebak isteri
Just so you know.
yang benar, Unknown pada pukul brapa datuk harimau? 10:26:00 AM