CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 26, 2015

.mmm.

Banyaknya kali aku menangis hari ini
Nangis guna mata
Nangis guna hati
Nangis guna otak

Nangis
Entah sayunya sebaknya pedihnya

Rasa macam nak lari jauh-jauh

Bukan sebab benci
Tapi sebab sudah tuli

Tuesday, April 22, 2014

.negativity.

Saat kelu lidah tak ada berbicara
Hanya hiris hati dicelop garam
Pedih sampai ke tulang

Katakan kamu tak pernah aku bahagiakan
Manakan senyum kalau ludah yang tersampaikan

Thursday, April 10, 2014

.cintai kamu.

satu kekuatan yang maha sangat akan menyelinap bila-bila masa kamu dalam kesakitan

bagaikan aku ini boleh menolak segala keburukan tersakiti
walau tidak mungkin kadang-kala
tapi ingin aku sedut segalanya bagikan kamu sembuh semula

satu kebahagiaan yang amat akan menerangi bila-bila masa kamu ketawa
bagaikan ketawa kamu itu satu penawar bagi bisa-bisa pada sendi ini
ketawa dan senyum dan cium dan bau masam peluh kamu

aku ini Ibu yang mendoakan dan mengharapkan dan sungguh-sungguh meminta
kamu 
gembira suka tawa dan yang baik-baik sahaja, anak
hidupla sehidup-hidupnya

tapi kalau-kalau kamu diam dalam sedih duka lara
tahu-tahulah
Ibu dan Ayah di sini untuk cintai kamu


Friday, January 24, 2014

.sebuah.

Kecil.
Macam hati aku saat ini.
Mahu sahaja aku lari-lari tinggalin kamu.
Bawa hati yang sekecil ini jauh-jauh
Daripada kamu.

Kecil.

Monday, December 23, 2013

.masaterluang.

Aku yang sentiasa marah sejak akhir-akhir ini
Terusan marah.
Bukan kepada kamu.
Kepada keadaan.
Aku ingin persetankan, tapi aku yang disetankan.
Ingin aku susun kata buat kamu paham.

Failed.

Sunday, October 20, 2013

.andaboutthat.

Jauh
Kamu dan aku yang jauh
Betapa.

Saturday, October 19, 2013

.kepingin.

Tahu tak
Bahawa aku ini
Sangat-sangat-sangat kepingin untuk menangis
Tapi
Kutahan
Kerana
Takut-takut-takut
Kamu bilang aku mempersalahkan takdir